Sony Xperia M5 - Tetapan kamera video

background image

Tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Leret untuk

.

3

Untuk memaparkan tetapan, ketik .

4

Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Resolusi video

Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.

HD penuh (30 fps)

1920×1080(16:9)

Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 30 fps dan nisbah aspek 16:9.

HD penuh (60 fps)

1920×1080(16:9)

Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 60 fps dan nisbah aspek 16:9.

HD

1280×720(16:9)

Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah bidang 16:9.

VGA

640×480(4:3)

Format VGA dengan nisbah bidang 4:3.

MMS

Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini

adalah terhad supaya fail video dapat muat dalam mesej multimedia.

Penjejakan objek

Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera

menjejakinya untuk anda.

Smile Shutter™(video)

Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman yang kamera

bertindak balas sebelum merakam video.

Video HDR

Gunakan tetapan HDR (High-Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk merakam video

dalam keadaan cahaya belakang yang kuat atau dalam keadaan di mana kontras tajam.

Video HDR mengimbangi kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili

kawasan gelap dan juga cerah.

SteadyShot™

Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil

membantu dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan anda.

Hidupkan

Aktifkan untuk mengimbangi gegaran kamera.

110

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Matikan

Penstabil dimatikan.

Pratonton foto auto

Anda boleh memilih untuk pratonton video sebaik sahaja anda menangkapnya.

Hidupkan

Pratonton video muncul selepas anda menangkapnya.

Hanya kamera depan

Pratonton video terbuka untuk penyuntingan selepas anda menangkapnya.

Matikan

Video disimpan selepas anda menangkapnya dan pratonton tidak muncul.

Lampu denyar

Gunakan lampu denyar untuk merakam video semasa keadaan pencahayaan kurang

memuaskan atau apabila terdapat cahaya latar. Ikon denyar video hanya tersedia

pada skrin kamera video. Ambil perhatian bahawa kadangkala kualiti video lebih baik

tanpa cahaya walaupun keadaan pencahayaan kurang memuaskan.

Hidupkan

Matikan

Pemilihan pemandangan

Ciri Pemilihan pemandangan membantu anda menyediakan kamera dengan pantas

untuk situasi biasa menggunakan pemandangan video yang dipraprogram. Setiap

tetapan pemandangan direka untuk menghasilkan video berkualiti terbaik mungkin dalam

persekitaran rakaman khusus.

Matikan

Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh merakam video secara manual.

Tangkapan lembut

Gunakan untuk merakam video dengan latar lembut.

Landskap

Gunakan untuk video landskap. Kamera memfokuskan pada objek yang jauh.

Pemandangan malam

Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang bercahaya

malap. Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau

gunakan sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan baik, untuk memperbaiki

kualiti video.

Pantai

Gunakan untuk video pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.

Salji

Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan video dengan dedahan terlebih.

Sukan

Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan

pengaburan pergerakan.

Parti

Gunakan untuk video dalam bangunan, dalam persekitaran yang tidak terang. Pemandangan ini

menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Video objek yang bergerak pantas

mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan sokongan.

111

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.