Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor pengenalan yang unik. Nombor ini dirujuk sebagai IMEI
(Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah menyimpan salinan
nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila anda mengakses
perkhidmatan sokongan Xperia™ Care untuk mendaftarkan peranti anda. Selain itu, jika
peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh menggunakan nombor ini
untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian dalam negara atau rantau
anda.
18
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk melihat nombor IMEI anda pada dulang label
1
Masukkan kuku jari ke dalam ruang antara bahagian atas penutup slot kad
ingatan dan peranti, kemudian membuka penutup.
2
Dengan menggunakan hujung klip kertas terbuka (atau objek serupa yang lain
dengan hujung halus dan panjang), tekan butang bersebelahan dengan slot kad
SIM nano untuk melepaskan pemegang kad SIM nano.
3
Seret keluar pemegang kad SIM nano sepenuhnya.
4
Dengan menggunakan alat yang sama seperti dalam langkah 2, seret keluar
dulang label daripada slot kad SIM nano. Nombor IMEI dipaparkan pada dulang
label.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melepaskan pemegang kad SIM nano, rujuk
kepada arahan mengenai cara untuk memasukkan kad SIM nano. Jika kad SIM telah
dimasukkan ke dalam peranti, peranti dimulakan semula secara automatik apabila pemegang
muncul keluar.
Untuk melihat nombor IMEI, anda juga boleh membuka pendail telefon dan memasukkan
*#06#
.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.