Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan dalam
peranti anda dengan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi). Apabila kad SIM dikunci,
langganan yang dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud
anda perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN terlalu banyak kali, kad SIM anda akan disekat. Anda
kemudiannya perlu memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN
baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh pengendali rangkaian anda.
Untuk menyediakan atau mengeluarkan kunci kad SIM
1
Dari skrin Laman Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
3
Ketik penggelangsar
Kunci kad SIM untuk mendayakan atau menyahdayakan kad
SIM.
4
Masukkan PIN kad SIM dan ketik
OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan PIN ini setiap kali anda memulakan semula
peranti.
Untuk menukar PIN kad SIM
1
Dari
Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
3
Ketik
Tukar PIN SIM.
4
Masukkan PIN kad SIM lama dan ketik
OK.
5
Masukkan PIN kad SIM baru dan ketik
OK.
6
Taipkan semula PIN kad SIM baru dan ketik
OK.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1
Masukkan kod PUK dan ketik
.
2
Masukkan kod PIN baharu dan ketik
.
3
Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik
.
Jika peranti anda memerlukan kod PUK, sila hubungi khidmat Pelanggan Verizon Wireless
untuk mendapatkan kod tersebut.