Pemasangan
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Hanya gunakan kad SIM nano kilang asal yang
direka bentuk secara khusus agar sesuai dengan slot kad SIM nano dalam peranti anda.
8
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Memasukkan kad SIM nano
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Pastikan anda menggunakan pemegang kad
SIM nano dan tidak terkeliru di antara slot kad SIM nano dengan slot kad memori.
1
Masukkan kuku ke dalam ruangan di antara bahagian atas penutup slot kad SIM
nano dengan peranti, kemudian buka penutup.
2
Dengan menggunakan bucu klip kertas yang tidak dilipat (atau objek yang sama
panjang dan berbucu halus), tekan butang bersebelahan slot kad SIM nano
(seperti digambarkan) untuk mengeluarkan pemegang kad SIM nano.
3
Tarik keluar pemegang kad SIM nano sepenuhnya.
4
Letakkan kad SIM nano ke dalam pemegang, kemudian masukkan semula
pemegang kad.
5
Tutup penutup.
Jika anda memasukkan kad SIM nano semasa peranti dikuasa hidupkan, peranti akan dimula
semula secara automatik.
Memasukkan kad memori
1
Masukkan kuku ke dalam ruangan di antara bahagian atas penutup slot kad
memori dan peranti, kemudian buka penutup.
2
Dengan menggunakan bucu klip kertas yang tidak dilipat (atau objek yang sama
panjang dan berbucu halus), tekan butang bersebelahan slot kad memori (seperti
ilustrasi) untuk mengeluarkan pemegang kad.
3
Tarik keluar pemegang kad memori sepenuhnya.
4
Letakkan kad memori di dalam pemegang, kemudian masukkan semula
pemegang kad.
5
Tutup penutup.
Pastikan anda memasukkan kad memori dalam keadaan orientasi yang betul.
Untuk mengeluarkan kad SIM nano
9
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Buka penutup slot kad SIM nano dan slot kad memori.
2
Seret keluar bekas kad SIM nano menggunakan kuku anda.
3
Keluarkan kad SIM nano, kemudian masukkan pemegang semula.
4
Tutup penutupnya.
Untuk mengeluarkan kad memori
1
Sama ada matikan peranti atau nyahlekapkan kad memori di bawah
Tetapan >
Storan & memori > di sebelah Kad SD.
2
Dengan skrin menghadap ke atas, buka penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.
3
Seret keluar bekas kad memori menggunakan kuku anda.
4
Keluarkan kad memori, kemudian tolak bekas ke dalam slot sehingga ia masuk ke
dalam tempatnya.