Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk tempoh masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan mengunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas sudah
sedia ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke kiri atau ke atas pada skrin untuk
membuka kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan
menambahkan jenis kunci yang lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 12.
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.