Memuat turun aplikasi daripada sumber lain
Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber selain
Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman web lain
dengan mengikut arahan muat turun yang berkaitan.
Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh
merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.
Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, hanya pemilik, iaitu pengguna
utama, boleh membenarkan muat turun daripada sumber selain Google Play™. Perubahan
yang dibuat oleh pemilik melibatkan semua pengguna lain.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan muat turun aplikasi daripada sumber lain
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Skrin kunci & keselamatan.
3
Ketik penggelangsar
Sumber tidak diketahui.
4
Ketik
OK.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai. Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi yang dimuat
turun dan juga menukar statusnya dengan mengetik aplikasi di bawah
Tetapan > Aplikasi.
46
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.