Mempertingkatkan output bunyi
Anda boleh mempertingkatkan bunyi peranti anda dengan mendayakan tetapan bunyi
individu secara manual seperti bunyi Penyama dan Sekeliling. Anda juga boleh
mendayakan penormal Dinamik untuk meminimumkan perbezaan kelantangan antara
lagu atau video.
Untuk meningkatkan output bunyi secara automatik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Dayakan fungsi
ClearAudio+ dengan mengetik penggelangsar.
Untuk melaraskan tetapan bunyi secara manual
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Nyahdayakan fungsi
ClearAudio+ dan DSEE HX jika ia didayakan dengan
mengetik penggelangsar.
4
Ketik
Kesan bunyi > Penyama.
5
Pilih aturan praset daripada senarai juntai bawah atau laraskan tetapan bunyi
secara manual dengan menyeret penggelangsar ke atas atau ke bawah.
Pelarasan manual tetapan output bunyi tiada kesan ke atas aplikasi komunikasi suara.
Contohnya, tiada perubahan dalam kualiti bunyi panggilan suara.
Untuk meminimumkan perbezaan kelantangan menggunakan penormal Dinamik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Nyahdayakan fungsi
DSEE HX dengan mengetik penggelangsar, jika ia
didayakan.
4
Dayakan fungsi
Penormal dinamik dengan mengetik penggelangsar.